Bersatu Meneraju Insan Bertakwa dan Gemilang

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN BAHASA ARAB SKUJ

SK UNDANG JELEBU, 71600 Kuala Klawang,
Jelebu, N.S. Tel : 
06-6136243

                                                                                 PENGENALAN


                   Pelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah rendah adalah sebagai bahasa tambahan seperti Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Pelajaran Bahasa Arab menekankan kemahiran- kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar merangkumi aspek tatabahasa, penulisan, percakapan dan penetapan kata-kata hikmah dan perumpamaan Bahasa Arab. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berkesan dan mampu menanam asas kemahiran dan nilai-nilai murni dalam kehidupan pelajar supaya selari dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan islam iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 


                                                                                          VISI


                                                Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 


                                                                                           MISI


1. Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu                      

2. Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 


                                                                                      OBJEKTIF


  1. 1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pengajaran Bahasa Arab di sekolah.

  2. 2. Menjadikan kurikulum Bahasa Arab lebih dinamik seiring dengan kemajuan pendidikan Negara.

  3. 3. Menjadikan prestasi kerja guru Bahasa Arab lebih efisyen, berkarisma dan profesianal.

  4. 4. Menjadikan Kurikulum Bahasa Arab lebih diminati dan keberkesanannya dihayati secara maksimum.

 


                                                                                       MATLAMAT


  1. 1. Melahirkan  pelajar  dapat menguasai empat kemahiran berbahasa ( mendengar, membaca, menulis dan bertutur ) serta membolehkan mereka menggunakan Bahasa Arab di dalam penulisan dan percakapan samaada di sekolah atau di luar sekolah.

  2. 2. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

  3. 3. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi- strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

  4. 4. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan ( berasaskan sekolah / awam ) dalam mata pelajaran Bahasa Arab berpandukan prestasi / target yang ditunjukan dalam rancangan akademik sekolah.

  5. 5. Mewujudkan semangat kerjasama di antara Panitia Bahasa Arab dengan Persatuan Agama Islam serta persatuan/ kelab yang lain.

 


                                                                                         RASIONAL


Bahasa Arab menekan aspek nahu dan sorof ( tata bahasa ). Tumpuan khusus Bahasa Arab ialah :


  1. 1. Mendengar dan menyebut bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat serta memahaminya.

  2. 2. Bertutur dalam Bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya.

  3. 3. Membaca dengan betul, memahami perkataan dan ayat Bahasa Arab.

  4. 4. Menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat Bahasa Arab.

  5. 5. Menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat mudah dan memahaminya.


Justeru itu, adalah diharapkan agar Bahasa Arab dapat menyumbang kearah pembentukan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh dan bertaqwa selaras dengan falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.